Food Truck Malaysia

Sunday, March 28, 2021

NASI AMBANG SEDAP


NASI AMBANG SEDAP

Bahan-bahan Bahan Mee Goreng Jawa: 1 paket Mee kuning 1 mangkuk taugeh 4 biji Bawang merah 3 ulas Bawang putih 1/2 biji buah keras 4 sudu besar Kicap 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besarlada hitam 1 sudu besar udang kering Sos cili secukup rasa Garam secukup rasa Bahan untuk Serunding Kelapa pula: 1 bijikelapa parut 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1sudu kecil jintan putih 3 sudu kecil ketumbar 4 batang serai 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 4 ulas bawang putih 4 biji bawang merah 1/2 inci kunyit hidup 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar udang kering Air asam jawa secukupnya Gula secukup rasa Garam secukup rasa Serbuk perasa secukupnya Bahan untuk Sayur Goreng Jawa 5 ketul hati dan pedal ayam direbus dan potong dadu 300 gm udang halus dikopek kulitnya 1 bungkus tempe dipotong dadu dan digoreng 1 ketul tahu dipotong dadu dan digoreng 2 biji kentang dipotong dadu dan digoreng 200 gram Kacang panjang dipotong serong 1 mangkuk suhun dan tauhu kering direndam 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 biji lada besar dihiris Serbuk lada sulah Bahan-bahan lain yang diperlukan: Nasi Putih Ayam masak kicap Ikan kering bulu ayam Cara membuat 1. Mula-mula sediakan Mee goreng jawa: Masukkan bawang merah, bawang putih, buah keras, kicap, cili kisar, lada hitam, udang kering dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. 2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing. Setelah garing masukkan mee dan gaul rata. Masukkan taugeh, sos cili dan garam secukup rasa. Gaul sebentar dan ketepikan dahulu. 3. Untuk menyediakan serunding kelapa: Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, serai, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, cili kisar, kunyit, udang kering dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Ketepikan dahulu 4. Selepas itu goreng kelapa tanpa minyak menggunakan teknik sangan sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi. 5. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan gula air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan di atas api kecil sehingga agak pekat. 6. Setelah itu, masukkan kelapa yang telah disangan tadi. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Dan bolehlah diangkat. 7. Untuk sayur goreng jawa pula:mula-mula hiris bawang besar dan bawang putih kemudian tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada besar, garam secukup rasa, pedal, hati dan udang. kacau rata 8. Masukkan lada sulah, kacang panjang,tempe, tauhu dan kentang. Jika mahu tambahkan sedikit kicap. Kacau rata. 9. Akhir sekali masukkan suon dan tahu kering. Jika ingin rasa yang berlemak boleh masukkan santan dan gaul hingga kering. Boleh juga ditambah sayur lain seperti lobak merak ataupun kobis. 10. Hidangkan nasi putih bersama sayur goreng jawa, ayam masak kicap, mee goreng jawa, serunding, dan ikan kering. 11. Nasi ambeng sedia untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment